 |
PK1 sedang memberi taklimat |
 |
Tekun mendengar |
 |
bunga sudah dipetik |
Pada 5 April 2017 SK Kampong Rambai telah mengadakan Taklimat Standard Kualititi Pendidikan Malaysia Gelombang 2. Taklimat ini diadakan di Makmal Komputer SK Kg. Rambai bermula jam 1.15 tengah hari. matlamat taklimat ini adalah bagi menjelaskan kepada semua guru berkaitan perlaksananaan penilaian kendiri dalam SKPMg2 yang merangkumi semua aspek daripada bahagian pentadbiran sekolah, perlaksanaan kurikulum, kokurikulum, Hal Ehwal Murid, Pengajaran dam Pembelajaran Cemerlang (Pdpc) sehinggalah iklim sekolah.
Pengisian penilaian secara atas talian diadakan tiga kali pada tahun ini. Fasa pertama bermula pada Februari dan Mac. Fasa kedua penilaian akan dilaksanakan pada April hingga Julai dan fasa ketiga penilaian dijangka akan dilasanakan pada Ogos hingga Oktober.
Taklimat berakhir pada jam 3.15 petang dan direkodkan sebagai latihan dalam perkhidmatan (LADAP). Adalah diharapkan perlaksanaan SKPMg2 ini akan membantu peningkatan prestasi dalam semua aspek sesuai dengan matlamat dan aspirasi perlaksanaan yang telah digariskan oleh pihak kementerian.
No comments:
Post a Comment