Monday, 3 April 2017

Kejohanan Balapan Dan Padang 2017

 Kejohanan Balapan Dan Padang SK Kampong Rambai kali ke 26 tahun 2017 




 perbarisan 

telah berjaya diadakan pada 23 Februari yang lalu.Perbagai acara diadakan bermula dengan pertandingan merentas desa, sukantara dan acara akhir pada hari kejohanan.       Antara acara yang dijalankan termasuklah acara lari pecut 80 meter, 100 meter, 200 meter dan 4 x 100 meter. Acara padang pula seperti lompat jauh dan lontar peluru.

Menandatangani banner perasmian

Kehadiran Pengarah Syarikat Mazali Teguh Sdn. Bhd. iaitu Puan Maznah binti Ishak bagi merasmikan majlis penutupan kejohanan kali ini sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.          Semoga semangat dan iltizam yang tinggi semua pihak ini dapat dikekalkan serta di tambah baik lagi pada masa akan datang.
Berakhir sekitar jam 12.45 tengah hari dan di akhiri dengan jamuan makan tengah hari. Sesungguhnya kejayaan kejohanan ini banyak berkait rapat dengan semangat dan kerjasama yang erat di antara semua pihak seperti guru-guru, PIBG, para waris, para pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan orang perseorangan yang turut berjasa.

Sebahagian Orang Kuat SKKR

Berita Sinar Harian
     





No comments:

Post a Comment

SK Kampong Rambai Naib Johan Hoki Bawah 12 Tahun Perempuan

Tahniah semua! Kompleks Hijau Kuning, Alor Setar, Kedah. Pasukan hoki kategori bawah 12 tahun perempuan dari SK Kampong Rambai telah ber...