Wednesday, 5 April 2017

Latihan Bola Dan Hoki SK Kampong Rambai

Pasukan Bola Sepak B12
Pada tahun ini SK Kampong Rambai dijangka akan menyertai Kejohanan Hoki MSS Daerah Pendang yang akan diadakan pada 8 dan 9 April di Padang Hoki Hijau Kuning, Alor Setar. Justeru itu SKKR terus membuat persediaan dari awal tahun lagi bagi memberi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dan strategi bagi menghadapi perlawanan nanti. SKKR sangat bertuah kerana mendapat guru-guru yang komited dalam menguruskan latihan sepanjang tahun. Antara yang terlibat secara langsung ialah Cikgu Mansor  bin Mahmud, Cikgu Ramlan bin Abdul dan cikgu Zulkifli bin Jasin.
       SKKR bertuah kerana padang hoki yang dibina telah pun siap dan boleh digunakan. ini sekaligus meningkatkan semangat semua pihak untuk melihat pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang sukan teruamanya hoki dan bola sepak. Ramai pihak menyumbangkan tenaga, kewangan dan buah fikiran dalam menjayakan pembangunan padang simen ini. Nantikan berita penyertaan kejohanan MSSD yang seterusnya minggu depan!


Pasukan hoki perempuan B12
Latihan kecergasan



Cikgu Mansor
 a
Taktikal dan peraturan

No comments:

Post a Comment

SK Kampong Rambai Naib Johan Hoki Bawah 12 Tahun Perempuan

Tahniah semua! Kompleks Hijau Kuning, Alor Setar, Kedah. Pasukan hoki kategori bawah 12 tahun perempuan dari SK Kampong Rambai telah ber...