 |
Pasukan Bola Sepak B12 |
Pada tahun ini SK Kampong Rambai dijangka akan menyertai Kejohanan Hoki MSS Daerah Pendang yang akan diadakan pada 8 dan 9 April di Padang Hoki Hijau Kuning, Alor Setar. Justeru itu SKKR terus membuat persediaan dari awal tahun lagi bagi memberi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dan strategi bagi menghadapi perlawanan nanti. SKKR sangat bertuah kerana mendapat guru-guru yang komited dalam menguruskan latihan sepanjang tahun. Antara yang terlibat secara langsung ialah Cikgu Mansor bin Mahmud, Cikgu Ramlan bin Abdul dan cikgu Zulkifli bin Jasin.
SKKR bertuah kerana padang hoki yang dibina telah pun siap dan boleh digunakan. ini sekaligus meningkatkan semangat semua pihak untuk melihat pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang sukan teruamanya hoki dan bola sepak. Ramai pihak menyumbangkan tenaga, kewangan dan buah fikiran dalam menjayakan pembangunan padang simen ini. Nantikan berita penyertaan kejohanan MSSD yang seterusnya minggu depan!
 |
Pasukan hoki perempuan B12 |
 |
Latihan kecergasan |
 |
Cikgu Mansor |
a
 |
Taktikal dan peraturan |