Wednesday, 12 April 2017

SK Kampong Rambai Naib Johan Hoki Bawah 12 Tahun Perempuan

Tahniah semua!
Kompleks Hijau Kuning, Alor Setar, Kedah. Pasukan hoki kategori bawah 12 tahun perempuan dari SK Kampong Rambai telah berjaya memperoleh kejayaan sebagai naib juara dalam Kejohanan Hoki peringkat MSSD Pendang yang di adakan pada 9 dan 10 April 2017. Pasukan hoki dibawah jurulatih Cikgu Mansor bin Mahmud ini telah berjaya mengharumkan nama Sekolah kebangsaan Kampong Rambai. Kejayaan ini sedikit sebanyak mengubati kekecewaan apabila pasukan hoki lelaki bawah 12 tahun kecundang awal di peringkat kumpulan. Apa pun, sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Semoga tahun hadapan kejayaan lebih cemerlang diraih.
Balik awal.. Jangan putus asa.

MESYUARAT AGUNG PIBG 2017

Pada 2 April 2017 yang lalu SK Kampong Rambai berjaya mengadakan mesyuarat agung PIBG. Program bermula pada jam 2.30 petang. Nyanyian lagu Negaraku sebagai simbolik majlis dimulakan. Selesai bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Syafie majlis disusuli pula oleh ucapan perasmian oleh Tuan Haji Fatahi bin  . Mesyuarat kali ini bagi memberi penghargaan kepada jawatankuasa PIBG Sk Kampong Rambai bagi sesi 2015 - 2017 dan melantik jawatankuasa yang baru bagi sesi 2017 - 2019. Majlis selesai sekitar jam 6.00 petang sejurus selesai ucapan penutupan oleh yang berbahagia Tuan Guru Besar Cikgu Ruslee bin Hussien.
Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas kepada jawatankuasa yang baru. Semoga kejayaan yang lebih membanggakan akan dicapai pada tahun-tahun yang menatang.

Wednesday, 5 April 2017

Sumbangan Jersi Bola Oleh ENCIK MOHD ZAINURI BIN JAAFAR- Terima Kasih

Pihak SK Kampong Rambai mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan tersebut. Sesungguhnya usaha seperti inilah yang dapat meningkatkan semangat para pemain sekaligus diharapkan dapat mencipta sesuatu kejayaan nanti. Sumbangan disampaikan sendiri oleh beliau kepada Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Kampong Rambai iaitu Encik Johari bin Ayob selepas sesi latihan pada petang 5 April yang lalu. ALHAMDULILLAH, Semoga jasa tuan mendapat catatan amal yang baik dari sisiNya. InsyaAllah.. Amin..







Perjumpaan Waris Tahun 6

Perjumpaan waris tahun 6 ini diadakan pada 6 April 2017 bertujuan sebagai memenuhi perancangan peningkatan prestasi akdemik secara umum dan khusus kepada peningkatan dalam UPSR. Alhamdulillah kehadiran para waris tidak mengecewakan. Semoga usaha ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah subhanahuwata'ala..

Latihan Bola Dan Hoki SK Kampong Rambai

Pasukan Bola Sepak B12
Pada tahun ini SK Kampong Rambai dijangka akan menyertai Kejohanan Hoki MSS Daerah Pendang yang akan diadakan pada 8 dan 9 April di Padang Hoki Hijau Kuning, Alor Setar. Justeru itu SKKR terus membuat persediaan dari awal tahun lagi bagi memberi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dan strategi bagi menghadapi perlawanan nanti. SKKR sangat bertuah kerana mendapat guru-guru yang komited dalam menguruskan latihan sepanjang tahun. Antara yang terlibat secara langsung ialah Cikgu Mansor  bin Mahmud, Cikgu Ramlan bin Abdul dan cikgu Zulkifli bin Jasin.
       SKKR bertuah kerana padang hoki yang dibina telah pun siap dan boleh digunakan. ini sekaligus meningkatkan semangat semua pihak untuk melihat pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang sukan teruamanya hoki dan bola sepak. Ramai pihak menyumbangkan tenaga, kewangan dan buah fikiran dalam menjayakan pembangunan padang simen ini. Nantikan berita penyertaan kejohanan MSSD yang seterusnya minggu depan!


Pasukan hoki perempuan B12
Latihan kecergasan



Cikgu Mansor
 a
Taktikal dan peraturan

Taklimat SKPMg2

PK1 sedang memberi taklimat
Tekun mendengar
bunga sudah dipetik

     
Pada 5 April 2017 SK Kampong Rambai telah mengadakan Taklimat Standard Kualititi Pendidikan Malaysia Gelombang 2. Taklimat ini diadakan di Makmal Komputer SK Kg. Rambai bermula jam 1.15 tengah hari. matlamat taklimat ini adalah  bagi menjelaskan kepada semua guru berkaitan perlaksananaan penilaian kendiri dalam SKPMg2 yang merangkumi semua aspek daripada bahagian pentadbiran sekolah, perlaksanaan kurikulum, kokurikulum, Hal Ehwal Murid, Pengajaran dam Pembelajaran Cemerlang (Pdpc) sehinggalah iklim sekolah. 


    Pengisian penilaian secara atas talian diadakan tiga kali pada tahun ini. Fasa pertama bermula pada Februari dan Mac. Fasa kedua penilaian akan dilaksanakan pada April hingga Julai dan fasa ketiga penilaian dijangka akan dilasanakan pada Ogos hingga Oktober. 


    Taklimat berakhir pada jam 3.15 petang dan direkodkan sebagai latihan dalam perkhidmatan (LADAP). Adalah diharapkan perlaksanaan SKPMg2 ini akan membantu peningkatan prestasi dalam semua aspek sesuai dengan matlamat dan aspirasi perlaksanaan yang telah digariskan oleh pihak kementerian.




Monday, 3 April 2017

Kejohanan Balapan Dan Padang 2017

 Kejohanan Balapan Dan Padang SK Kampong Rambai kali ke 26 tahun 2017 




 perbarisan 

telah berjaya diadakan pada 23 Februari yang lalu.Perbagai acara diadakan bermula dengan pertandingan merentas desa, sukantara dan acara akhir pada hari kejohanan.       Antara acara yang dijalankan termasuklah acara lari pecut 80 meter, 100 meter, 200 meter dan 4 x 100 meter. Acara padang pula seperti lompat jauh dan lontar peluru.

Menandatangani banner perasmian

Kehadiran Pengarah Syarikat Mazali Teguh Sdn. Bhd. iaitu Puan Maznah binti Ishak bagi merasmikan majlis penutupan kejohanan kali ini sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.          Semoga semangat dan iltizam yang tinggi semua pihak ini dapat dikekalkan serta di tambah baik lagi pada masa akan datang.
Berakhir sekitar jam 12.45 tengah hari dan di akhiri dengan jamuan makan tengah hari. Sesungguhnya kejayaan kejohanan ini banyak berkait rapat dengan semangat dan kerjasama yang erat di antara semua pihak seperti guru-guru, PIBG, para waris, para pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan orang perseorangan yang turut berjasa.

Sebahagian Orang Kuat SKKR

Berita Sinar Harian
     





SK Kampong Rambai Naib Johan Hoki Bawah 12 Tahun Perempuan

Tahniah semua! Kompleks Hijau Kuning, Alor Setar, Kedah. Pasukan hoki kategori bawah 12 tahun perempuan dari SK Kampong Rambai telah ber...